Lately ramai pulak yang menjadikan aq tempat untuk mengadu. Mengadu tentang perihal masalah perasaan masing2.
Crush memberi harapan tapi kapel ngn org lain la...
Kekasih masih mengganggu walaupun dah didump la..
Teringat kat kekasih lain walaupun tengah berkasih dengan orang lain la...
Kekasih lama datang kembali la...
Xtau nak pilih kekasih yang mana la..
Kekasih main kayu tiga la...
Xde lagi kekasih la...
Crush bagitau dah ada kekasih selepas berbulan2 memberi harapan la...
Eh.. Yang last tu mcm aq je.. Hahaha..
Xtau la nak cakap ape. Satu je kot penyelesaian dia. Buat baik dengan semua org walau apa pun kondisi kita. Aq ingat lagi kata seorang sahabat aq masa menuntut di Penang dulu. "Buat baiklah dengan semua orang, senang cari jodoh nanti, petik jari je". Aik.. Berbaik bermakna la ni?? Tapi betul juga. Dunia ini hanyalah lakonan semata-mata. Watak yang dipilih tu adalah pilihan kita, tiada siapa yang memaksa. Jadi aq pun berbaik dengan semua orang xkira la sesiapa. Baik ke aq? Baik la kot sampai ade yang mengambil kesempatan. Tapi xpe la. Nak buat macam mana, moga dipermudahkan... Jodoh pertemuan di tangan tuhan... Kalau dah kata itu bukan jodoh kita maknanya bukan la.. Kalau dah jodoh xlari kemana la.. Cewah.. Tetibe ckp pasal cinta. Hmm... Xde la hebat sgt aq ni nak ckp pasal bab2 mcm ni tapi sebab belajar dari org sekeliling yg slalu mengadu tentang pasangan atau masalah masing2. Lagi satu.. Kalau ade masalah tu, better korunk berdua slow talk. Kurangkan ego memasing. Settle sume. Cakap pasal ego tu, aq baru je kurangkan ego aq call balik kawan baik aq mase kat Teknik KL dulu yang dah 4 tahun xbercakap kes dia marah aq. Sedey woo masa tu sebab aq call pun xnak jawab masa tu... Then last week sebab dah makan 4 tahun kan xberckp so aq memang rindu sesangat r kat dia. Aq call. Then dia lak yg byk ckp n byk ty pasal hidup aq skrg. See... Kurangkan ego tu settle sume masalah.
To adik aq yang ade problem tu, abang harap korunk settlekan la benda ni cepat2. Benda boleh bincang.. Hidup hanya sekali. Okay..
Lagi satu nasihat, ingatlah semua... Menyintai amat mudah tetapi dicintai teramatlah susah.. Jagalah mereka yang menyintai kita daripada mengharap kepada yang kita cintai.
Dadaaaaaa....
4 comments:
Alhamdulillah. Aku macam tak termasuk pun dalam senarai kes-kes aduan kat hang tu. Ahaks~
am i that adik???hahahaha....mane ade prob pown...huhu..ehhh
Hmm.. Kenapa xde?? Xpuas hati la...
Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya..
Post a Comment