Tuesday, July 21, 2015

Problematic

Aku seorang yang problematic.

Selalu ditegur oleh orang sekeliling tentang kesilapan aku.
Aku bersyukur kerana masih ada insan-insan yang menegur kesilapan aku. Sanggup lagi mereka menegur aku kalau aku ad buat silap dan salah. Aku akan terima teguran itu kerana bagi aku mereka ni take care tentang aku. Mereka xnak aku hanyut dengan kesalahan itu. Mungkin... detikku.

Masalahnye adalah aku selalu gagal untuk bertindak adil terhadap orang disekeliling aku. Kekadang aku dengan orang ni, xlayan sangat orang tu, kekadang aku dengan orang tu xlayan sangat dengan orang ni. Mereka nampak aku begitu, tapi x... Aku xbegitu.. Cuma aku xterdaya nak melayan semua.. Penat rasanya menjaga hati semua orang. Sehingga aku sampai tahap xmau jumpa sesiapa pun. Aq penat.

Kepenatan aku ditahap maksima apabila banyak problem yang bukan berpunca daripada aku. Ianya berpunca daripada orang-orang disekeliling aku. Terutama sekali orang2 yang rapat dengan aku. Pabila dworg buat hal atau buat masalah yang tetibe aku sendiri tercalit dalam masalah itu. Lebih teruk lagi masalah tu aku terpaksa tanggung bebannya sorang2. Bebannya terlalu berat. Adakah sebab aku seseorang yang mudah dipercayai? Kemudian mudah sahaja berita sampai ke telinga aku walaupun aku tak sekuat mana untuk menerimanya. Ditambah dengan tindakan dan perubahan yang berlaku dengan orang2 disekeliling aku yang secara drastik tak tau punca dan halanya. Aku x sukakan perubahan. Xsuka langsung. Kalau begini effectnya kepada aku. Kenapa aku sahaja yang menanggung semua ini? Sebab aku seorang yang problematic. Mungkin... Jika bukan aku buat masalah, orang akan datangkan masalah kepada aku. Sebab aku, problematic. Seseorang menegurku, tiada manusia yang tiada masalah, sebab manusia yang tiada masalah adalah orang yang sudah mati. Jawapan kepada masalah adalah mati....

Kini semua orang nak berubah. Kalau macam tu aku pun nak berubah juga. Untuk semua yang berada di sekeliling aku, ape sahaja perubahan yang berlaku terhadap diri aku, kasih sayang, terima kasih seikhlas hati aku untuk korunk. Kerana hati aku dikunci oleh korunk dari awal-awal lagi. Cuma aku xterdaya lagi untuk menanggung kesakitan ini.  Kerana aku seorang yang problematic.

No comments: