Thursday, July 2, 2015

25 Tahun di Bandung

6 June lepas genap lah umur aq 25 tahun. Dah 25 tahun dah aq!! Ke 'baru' 25 tahun. Same je rasanya.
Dah 25 dah aq tapi harta xde lagi, dah 25 tahun dah aq tapi bak kata meyna tamadun xde lagi. Haha.. Kuang asam meyna. Semua dok tanye bile nak makan nasi minyak? Mak cik - mak cik lak dok ckp xhabes2 lagi ke blaja? Jawapan dia, lek lu. 'Baru' 25. (ayat nak cover). Dei.. Jodoh xsampai lagi dei, nak wat camne.. Nanti2 la. Bucket list pun xpenuh ticks lagi ni.

Nak dijadikan cerita, bufdey aq tahun ni bersejarah la sebab sambut kat Bandung, Indonesia uoolllsss.. Kalah Diva AA.  Beetie cakap budget retis ko bawak kawan2 sambut bufdey kat oversea.. Haha.. Aq plan ngan Azfar (mantan presiden SMF) utk buat trip pakai duit UiTM. So aq pilih la Bandung. Sebab aq dah pernah pergi ari tu then aq rasa nak pergi lagi sekali sebab yg dulu aq xpergi Kawah Putih coz ketinggalan flight (xnk citer yg ni). Tapi sygnye Azfar xdpt join sekali sebab masalah2 tertentu. So tugas trip ni dipikul oleh aq n Atikah Seri. Aq diberi quota 10 org utk bawak ke trip ni. Aq bawak semua geng2 aq yg terdiri drpd GraCES (Graduate Civil Engineering Society) yg jugak team "Wanita Berdaya Saing"-team dak2 Master. Jangan dipersoalkan  kenapa nama tu. Hahaha. Ain, Atikah Seri, Adila, Meyna, Una, Aliah, Kak Miza, Sob n Spark. Kawan2 baik aq masa kat master ni. Pegawai pengring lak Dr Amnor, lecturer paling aq rapat kat UiTM ni. Nampak x kroni2 je dpt pergi.  Hahaha. Siap bawak kawan baik aq lagi, Akim. Ni kali pertama aq pergi trip dengan Akim sebab plan sebelum ni xpernahnye jadi. Walaupun trip sebelum ni dia yang bayar hotel. Kesian dia. Hahaha. Pergi trip kali ni pun banyak gak dugaan dia, banyaaaaakkkkkk sangat tapi Alhamdulillah dapat mengharungi segalanya.

Aq xde la plan utk pergi trip ni masa bufdey aq tapi disebabkan masa tu je dak2 cuti midterm, so aq proceed jela. Aq dah hide birthday notification kat fb  kot xnak bg org tau. Tapi they all dah rancang dari awal lagi rupenye... Terhasillah group Wanita Berdaya Saing kat whatsapp tu. 

Malam bufdey aq (hari kelima kat bandung) tu aq buat meeting dengan semua wakil persatuan yg ikut trip ni sebab aq tersentuh dengan ayat daripada presiden pelajar di Institut Teknologi Bandung cakap kita sebagai pemimpin ade amanah, jangan amanah tu dihentikan separuh jalan je lepas kita berhenti. So aq buat meeting la ngn junior2 ni bincang masalah2 dalaman kalau ade. Meeting malam tu start dalam kul 10 malam. Geng2 wanita berdaya saing ni dah get ready dalam bilik aq konon2nye nak suprise aq. padahal dworg yg suprise sebab meeting tu sampai ke kul 12 malam. 2 jam dworg tggu dalam bilik aq. hahhaha.. habes je meeting tetibe aq nampak Akim turun dan tanya kat aq, "Eh Afzan, mane makanan Sob ko ckp nak belikan utk dia?". Eh tetibe mamat ni.. so weak on acting. hahaha.. obviously aq dah tau dah ko plan something, kita kenal 12 tahun bro n for sure ko tau bufdey aq bila. Betul x, betul x?? Haha.. bufdey ko bile ek?? erm.. erm.. hahaha.. Punye la teruk lakonan mamat ni sebab dia iring aq balik ke bilik pastu suruh aq bukak pintu bilik tu. "Bukak lah, bukak lah..." hahaha... then.. SUPRISE!!! yang buat aq terharu adalah kerana semua ade dalam bilik tu termasuk Dr Amnor wat suprise. Itu aq terharu. Sangat terharu. T_T . Actually itu suprise dia, yang suprise party tu actually aq dah tau dah. Dari second day lagi. Y? Yela.. semua lemah dalam lakonan.. Hahaha...

Hari kedua masa breakfast aq makan ngn akim pastu tetibe Akim bangun dan ke lobby dan cakap kat aq " Afzan, ko tunggu sini tau! Tunggu sini tau! Jangan pergi mana2. " pastu dia blah... Masa tu plak junior mengadu pasal bilik membuatkan aq perlu beredar dari cafe tu pastu Akim macam berlari pastu Adila kata "Akim, aq dah bagitau, aq dah bagitau!" . Okay, aq dah perasan something fishy here.. Hahaha.. Pastu hari seterusnya korunk dok pas2 msg memalui ipad adila siap kata aq xleh tgk. Xpyh sibuk. Hello. Depan muka aq kot. Mmg la aq nak tgk. Dengan buat2 cerita pasal gmbr2 dlm ipad tu yg aq xleh tgk konon-kononnye. Memang aq budak kecik aq xleh detect. Hahaha.. Tapi aq xnak spoilkan mood korunk.. So aq gelak jela sorg2 dalam hati.. Teruk betul lakonan mereka...


Tapi ape2 pun aq ucapkan terima kasih la kat korunk especially Akim and Adila sebab jadi org kuat nak buat suprise kat aq. Bersungguh2 katanya. Katanya juga Puteri Gunung Ledang I pun bersemangat waja dalam perangkaan tersebut. Tapi work out more on your acting skills ya.. Hahahha... Aq pun nak ucapkan tq sebab bg aq Elmo kat kedai yg aq ckp jual sampah je tu... Opppsss...  Bhahahaahaa.. Thanks uooollllsss... Trip  ni one of the best trip sebab dengan korunk2... Next trip kita ke Redang wei!! Redang.. Xsabaq nak tunggu....


Ni mase tengah meeting havoc2 sebelum malam tu.. Hahaha..


Ni la geng2 aq yang tersayang Team Wanita Berdaya Saing katanya. Bahaha. Luv Uoolllsss...


Time ni weolls kat Kawah Putih. Tugu Wanita Berdaya Saing. Hahaha..


Ni masa kat TransStudio Bandung. Mamat baju kuning kat blakang tu aq syak kurang kasih sayang.



Kesian kat brader tu.. Kemurungan dia.. Hahhaha...




 Ni dekat Institut Teknologi Bandung. Kagum dengan pemikiran dworg. Budak pandai-pandai Indonesia kan....


Ni dekat Universiti Padjadjaran. Cannnttttiiiikkkkkk.....



Time ni klaka, sebab Akim berlagak bila dapat beli Strawberry dengan harga separuh daripada yang aq beli. Tapi rupa2nya strawberry yang dia beli tu pun separuh je terisi. Yang lain semua kotak je.. BHAHAHAHAHA.. Akim kene tipu..  ni pic sebelum kejadian.



Kat trips ni gelak pagi petang siang malam selama 6 hari berturut-turut!!! 


Ni la Elmo tu. Thanks uollss.

2 comments:

AdilaKaman said...

Kahkahkah! You made our so-called perfect plan sounds so weak! Damnit. :')

Unknown said...

Hahahhaha.. Ya loooorrrr..... The person that need to act was me.. not u guys...